Sabtu, 11 Jun 2011

jom karnival karangkraf, sp

Ari ni, ija ajak gi karnival karangkraf...nak beli novel katanya...so, petang, dengan langkah yang cergas, kami semua telah pergi ke tapak pesta karangkraf kat jam besar, sg. petani...
So layan je le gambar pada ari tu...

Ada banyak gerai2 yang menjual produk majalah dan menawarkan pelbagai hadiah istimewa jika membelinya. Puas gak pusing kat situ dan yang akhir tengok gak le persembahan dari dr fazley...
Antara hasil tangkapan pada ari tu...diharapkan dengan membeli buku masakan, dapat memupuk minat ke arah masak-memasak ni...hehehe...alasan sebelum nak membeli sesuatu...:-)

Ahad, 5 Jun 2011

pecal jantung pisang-resepi emak

Baru balik dari kg sik...so banyakle ulam2ulaman yg dibawa balik..salah satunya adalah jantung pisang...
Jadi, resepi ari ni adalah pecal jantung pisang.


Bahan2:
Jantung pisang
Ikan dalam 2,3 ekor
lada hitam
bawang merah
sedikit halia
garam
gula- kalau nak isi, tak nak pun tak pe...

Cara2nya:
1) Jantung pisang tu belah 4, dan rebus dulu.
2) Ikan pun kena rebus gak...
3) Lada hitam, bawang merah, dan halia tumbuk...
4) Perah kelapa menggunakan air masak yek...sebab santan ni tak dimasak, takut cepat basi....
5)Bila jantung pisang dah agak empuk, hiris halus2...masukkan dalam mangkuk..isikan pulak santan yang telah diperah tadi...agak2 yek masa nak masukkan santan, jgn cair sgt....jgn pekat sgt....
6) Ikan tadi, cerai2ceraikan isinya dan masukkan kedalam santan yang dah diisi dengan jantung pisang tadi...
7) kemudian masukkan pulak bahan tumbuk tadi...gaul2kan bagi semua benda tu serasi dan letakle garam...
8) Kalau nak letak sedikit gula pun tak pe...
9) Bolehle dihidangkan dan sedap dimakan....

Sabtu, 4 Jun 2011

balik kg sik

Ari ni balik kg kat sik...macam biasa sampai je, relax2 dulu...kemudian mulale aktiviti mencari ulama2ulaman atau buah2 untuk dimakan atau dibawa balik..hehehe..
Buah kopi

Dalam kul 3 petang, kami pergi ke kg dusun pengapit kat jeneri bersama ngan mak dan sepupu asri nak melawat emak mertua kak ipar yang baru kuar dari hospital semalam....masa dah sampai kat jeneri, tapi belum sampai umah lg dpt tau emaknya dah meninggal dunia...dok kat sana lebih kurang sampai kul 4.30 petang...

Kena balik semula ke Sik selepas itu untuk hantar mak...dan balik semula ke SP semula kerana paginya ada kelas jahitan..nak siapkan baju sekolah ija...

Jumaat, 3 Jun 2011

buah tangan dari Tanah Suci

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi kerana kakakku sekeluarga telah selamat menunaikan umrah dan telah kembali ke bumi Malaysia dengan selamat dan sihat ....
Petang semalam, kami sekeluarga telah pegi ke Taiping dan bermalam di sana....Dijamu dengan buah kurma, kismis, air zam-zam dan coklat dari Tanah Suci....
Pagi hari ini dalam pukul 11.00 terpaksa balik ke SP kerana kelas tuisyenku bermula pada pukul 3.00 petang...
Buah tangan dari kakakku sebagai kenangan di Tanah Suci....