Rabu, 24 November 2010

Trip jakarta/bandung 24.11.2011 (hari kedua)

Waktu di Indonesia sejam lebih awal dari waktu di Malaysia. So kalau sampai sini kena set balik jam kita ikut waktu Indonesia, kalau tak tak sure kompius kita...

Hari ini semua bangun awal coz dah plan nak jalan-jalan melihat keindahan Bandung...hehehehe..
Macam biasale sebelum jalan2, semua perlu isi perut dulu di kafetaria hotel.Makanan ok gak tapi ija agak tak berapa serasi dengan makanan pagi tu...dia nak nasi lemak..huhuhu

Sebelum bertolak sempat lak tangkap gambar kat area lobi hotel baltika.


Perjalanan yang pertama hari ini ialah ke Tangkuban Perahu. Ia adalah kawasan gunung berapi yang masih aktif. Untuk masuk ke sini, fee masuk ialah idr50,000.00. Jalan untuk sampai ke sini agak berbukit dan di sepanjang jalan kita dapat menikmati pemandangan alam yang sangat menakjubkan.....



Setelah itu, kami semua telah pergi ke Pasar Baru....Kat situ happeningnya adalah shopping kerana terasa diri bagai jutawan...barangan kat situ memang murah...

Aku tak berapa membeli..Membeli sekadar yang perlu saje. Sebab tujuan perjalananku kali ini adalah melancong dan melihat negeri orang. Mungkin banyak membeli tetapi barangan yang kawanku pesan seperti baju dan telekung.

Disini kulihat ramai penjual yang menjual jajan dan minuman dengan menariknya dengan menggunakan troli...berusaha menarik pembeli untuk membeli. Tak perlu susah untuk menghilangkan dahaga kerana servis berada di depan mata bila-bila saje. Susahnya untuk mencari sesuap nasi di sini...Syukurle dapat hidup di bumi Malaysia dan mempunyai kerja yang mencukupi untuk menyara keperluan hidup...Alhamdulillah...


Makan tengahari kat medan makan Pasar Baru....Lantai 6 kalau tak silap..Kami pun beramai-ramai duduk...tengok menu...tanya harga..so, dah puas hati, barule order..kat sini kalau air teh kosong diberi percuma, tetapi rasanya pahit...aku suka gak rasa pahit tu tapi tak bolehle nak abiskan segelas tu..hehehe..


Dah abis makan, masa nak bayar, aku perasan harga yang perlu dibayar lebih mahal drp harga masa yang ditanya awalnya. Lepas tu ada lak charge air kopi dan rokok. So heran gak sebab rasanya tak de yang oder air kopi dan ambil rokok...Tengah-tengah tanya pelayan tu tentang harga yang tak munasabah tu....datangle nandang ni iaitu driver kitaorang kat sana...Nandang pun kata yang itu semua memang dia yang minum dan ambil rokok tu tetapi sebab tuan kedai yang beri....dia tak nak tetapi orang dah beri, dia ambille...dia tak sangka lak mereka akan caj kat bil kami...so, akhirnya kami tak dikenakan caj tambahan tu...Pelikkan!!! Kat sana kita memang kena hati2 coz aku rasa mereka ingat orang Malaysia yang datang kat sana tu kaya2 dan mereka ada yang tak jujur cuba tipu kita..Tetapi bukan semua cam tu..ada gak yang baik...Ramai gak yang baik...

Dalam area Pasar Baru ni, lantai yang sama dengan medan makan ada juga dijual beg2 tiruan. Berlonggok2..idr50,000.00 je.. Ada juga beg yang aku beli kat sini coz cantik sgt...

Riki2 jugak purse bonia..yang aku berkenan harganya dalam idr200,000.00. Tapi tak beli lagi sebab nak tengok harga kat factory outlet (fo) dulu..kot2 dapat harga yg lebih murah dari kat sini....Beg tarik pun sama, berkenan gak tapi akhirnya tak beli gak..hehehehe

Dalam kul 6pm, barule kuar dari Pasar Baru..itupun sebab banyak kedai yang dah nak tutup...

Tak balik lagi hotel, jalan-jalan dulu kat fo2 tapi tak ingat nama fo tu...Purse bonia yang aku nak tu, memang ada kat sini tapi harganya lebih mahal sikit dari kat Pasar Baru...Jadi aku ambik keputusan purse tu aku beli esokle kat Pasar Baru...

Kat Fo tu tak silap hanya beli beg sekolah Ija je... Tangkap2 gambar, baru perasan rupanya ada larangan menangkap gambar di sini...opsss dah terambil, nak buat camna..I'm sori...


Abis masing2 berbelanja kat fo, barule kami balik kehotel. Itupun dah malam...Sperti biasa sebelum balik singgah kat Circle K dulu..Kali ni aku beli megi cawan..nak rasa sama tak ngan megi kita...Rasanya aku suka gak megi dia ni...Cam nak tambah je bila makan megi tu....hehehe...

Selesaile sudah ari ke 2 di kota bandung ni....esok dah nak bertolak ke jakarta....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan