Khamis, 25 November 2010

trip jakarta/bandung 25.11.2010 (hari ke tiga)

Seperti biasa, pagi-pagi lagi dah bangun. Ari ni ari terakhir kat Bandung...Sayang ingin kutinggalkan Bandung tapi Jakarta juga perlu kujenguk untuk melihat kesibukan kotanya yang menjadi sebutan ramai...'Macet' kata orang sini..

Sebelum kuar ke kafetaria untuk menikmati sarapan pagi, sempat juga bergambar dalam bilik Hotel Baltika ni....Sempat juga telefon hotel Alma di Jakarta untuk pengesahan hotel sat lagi...Bukan apa, takut jika tak telefon, pihak hotel lupa ke nanti haru lak bila sampai kat sana petang nanti....




Setelah itu, kami ke kafetaria untuk menikmati hidangan pagi...





Memandangkan ari ni adalah ari terakhir kat Bandung, kami bercadang ingin pergi lagi ke Pasar Baru...Tetapi sebelum itu singgah dulu ke fo (tak ingat nama) jika ada yang ingin membeli kasut kulit atau barangan lain kat sini...Di sini Ija ada beli beberapa t-shirt untuk kenangan dan untuk diberi kepada kakaknya dan beberapa sepupunya. Aku tak suka sgt tempat ni, tapi jalan jugale kat area tepi jalan tu dan terjumpa brgan cenderamata beg kecil dan key-chain yang dijual oleh orang perseorangan....Beli juga untuk dijadikan kenangan untuk kawan ija + myfriend...tanda ingatan pergi ke Bandung....Selepas itu adalah aktiviti membeli-belah kat Pasar Baru sampai tengahari.Akhirnya kat sini beli gak purse Bonia yang aku nak dari awal tu...warna merah lagi....

Balik ke hotel kerana check out kul 1 tgh. Lepas mengemas brg,semua berkumpul kat lobi....Bertolak ke Jakarta dalam keadaan hujan renyai, so tak pergile membeli kek2 lapis kat Kartika....Tak sanggup nak melintas jalan dalam keadaan hujan...Tak pe, ada rezki datang lg....

Sebelum meninggalkan Bandung, makan dulu kat sebuah restoran nasi padang...Best makanan kat situ dan harganya juga ok....Jika kita makan nasi padang, akan penuhle satu meja dengan lauk-pauk tapi kita hanya bayar apa yang kita sentuh makanan itu aje...yang lain tak dikira....


Selepas bayar makanan, terjumpa orang perseorangan yang jual t-shirt lebih murah daripada apa yang dibeli awal tadi kat fo...so, beli lagi t-shirt...Beli, beli dan beli..hehehe
Perjalanan ke Jakarta melalui highway dan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Driver yang membawa coaster ini namanya Yusuf, dan beliau akan membawa kami terus ke hotel Alma di Jakarta. Hotel Alma ni adalah budget hotel yang terletak di J.S Tubun dan berdekatan dengan Blok A di Tanah Abang...Harga hotel ni tak silap tak sampai pun RM100.00 sehari...sebab bila dikenang-kenang rasanya rugi untuk membayar hotel yang mahal sedangkan sehari suntuk dah berada di luar, dan balik hanya untuk tidur saje...Walaupun murah tapi rasanya kualitinya lebih baik dari hotel yang aku bayar RM130.00 kat Cameron Highland dulu...huhuhu

Check in kat hotel alma lebih kurang kul 5.00 ptg...Bilik pun ok...tak de le komplen sgt..tapi sebelum sampai ke lobi masa nak check in, jumpa tikus besar sedang berlari2 kat longkang luar tu...huhuhu...hotel budgetle katakan...Lagi satu, hotel kat area sini rasanya walaupun budget hotel, tapi sarapan pagi tetap disediakan...Kelas gitu.....

Rehat kat hotel...tapi bercadang malam nanti nak kena gak kuar cari mall coz nak beli blous...stok baju dah nak abis...

So malam tu semua dah berkumpul kat lobi nak kuar...kat depan hotel ada le kijang(van) and discuss harga ngan driver tu jika bawak kami jalan2 malam tu...So dia caj idr400,000.00...rasa cam mahal je...Bukan rasa tapi memang mahal...hehehe...tawar2 harga dapatle idr350,000.00..so okle sebab memang
tak de choice lg...kira jadikle...

Masing2 pun masukle dalam kijang tu...tapi tak muat..kami ada 10 orang, kijang tu boleh muat rasanya dalam 8 org je..driver tu kata boleh muat coz kijang dia ni boleh muat utk 12 org...cuba lg, memang confirm tak muat coz yg pergi ni semua big2 size...huhuhu..lepas tu, driver tu kata kalau nak 2 kijang, boleh, tapi harganya kena doublele...

Fikir punya fikir, tak jadile naik kijang tu....dah memang mahal tapi satu lg kijang memang kena ketuk kepala le...sebab hanya nak bawak jalan malam tu lebih kurang 4 jam je...So, masing2 nak jalan2 area kat situ je...cuci2 mata...

Aku terpaksa gak nak kuar coz kena cari blous..so tanya guard dia kata teksi jarang lalu kat situ tapi angkutan kalau nak naik kena jalan sikit, kuar hingga jalan besar...so, semua nak join...Aku jalan berlima kat depan, toleh kat belakang, masing-masing yang lain masih ikut...jalan lg..tapi laju gak jalan sebab takutnya hanya tuhan yang tahu,,jalan tu macam kita jalan kat kawasan setinggan, ada penjual menjual brgan kat tepi2 jln..ada anjing gak sekor dua...toleh lg sekali, aku tengok mereka berlima tu dah tak follow lg...Rupa2nya mereka memang ikut sampai separuh jalan je..coz mrk takut ngan keadaan kat situ masa tu...

Sebenarnya kalau nak ikut, aku pun takut gak...kita lalu, mereka pandang semacam je...mungkin mereka hanya memandang tapi perasaan kita macam tak sedap je...Tanya lg kat penjual tepi jalan, jauh lg ke nak sampai kat tepi jalan besar..dia kata, dekat dah..nanti jumpa simpang, masuk belah kiri...Rasa lega sebab dah dekat...

Jumpa je simpang, terus masuk belah kiri...jalan lagi, jalan lg...apasal mcm masuk kwsn kg setinggan je..rumah2 berderet2, perempuan2 kat luar borak2, lelaki2 pun ada dok main dam kot...betul ke jalan ni???? jalan lg...Tiba2 ada satu nenek tua dok kat depan rumah dia tanya kami nak ke mana..aku pun jawab nak ke pasar senin...nenek tu pun gelak, dia kata kami salah jalan..ni jalan nak masuk ke kampung2..nak ke pasar senin kena patah balik...nanti baru jumpa simpang ke kiri..ambik simpang tu..jumpale jalan besar..kat situ nanti barule ada angkutan...

hahaha tergelak besar kami...cepat2 ucap terima kasih dan patah balik...cari laluan betul ke jalan besar..memang tak jauhpun, jalan lebih kurang 3 minit..dah jumpa pun jalan besar tu....

Dah sampai situ, tak tau lak camna nak naik angkutan...maksudnya nak naik angkutan mana yang nak pegi mall yang terdekat...tapi Alhamdulillah, ada satu angkutan ni berhenti dan tanya kami nak gi mana...so, kami kata nak pegi mall...dia tanya, mall mana? aku jawab, apa2 mall pun tak pe...So, dia suruh naik, nanti dia antar kami depan mall yang terdekat...

Apalagi pucuk dicita, ulam mendatang,,kami berlima pun naik le ke atas angkut tersebut...Angkut ni sebuah van yang tak de pintu...ini memang pengangkutan utk org local kat sini....Naik angkut ni, caj yg dikenakan hanya idr3,000.00 je..lebih kurang Rm1.00 je...

Masa dalam angkut, berborak ngan satu makcik ni...dia jual air kopi kat monas..so, dia ajakle jika kami singgah kat situ, minum kopi dia...kami pun tanyale, jika kami nak balik nanti, ada tak teksi kat mall tu...senang tak kami nak balik nanti...So, dia pun cakap kat driver angkut tu..namanya Indera suruh ambik kami balik nanti and antar ke hotel...indera pun setuju...kami janji jumpa indera kat luar mall tu dalam kul 9.30mlm..Mall tu kalau tak silap nama dia Gajahmada..mall yang memang tak dikenalipun..hehehe..Aku bayar Indera idr20,000.00...untuk lima orang..Sepatutnya idr15,000.00 je...tetapi atas ucapan terima kasih kerana sudi menghantar kami balik nanti.

Jalan secepat mungkin dalam mall tu untuk cari blous aku...jumpa and beli selai...ija pun berkenan satu blous kat situ...beli kat ija 1 blous....yang lain hanya jalan2 je...Jam menunjukkan kul 9.30, so cepat2 kuar and cari angkut Indera tu...memang dia tunggu pun...lega....

Cadangnya lepas kat mall tu, nak jalan2 area jakarta ngan angkut tu tapi sebab hujan kami cancel and minta indera terus antar kami kat hotel...indera bawak gak kami pusing sikit2 area jakarta waktu malam...and tunjuk kami blok A yang kami akan singgah esok..Esok, Indera janji nak bawak kami ke blok A tersebut dalam kul 8 pagi...

Masa nak turun, aku pun tanya harga berapa? dia pun kata terserah kat aku nak bagi berapa...Tak bolehle cam tu...aku pun tak tau nak bg berapa....so, lama le gak dok bertanya2 harga tu...tiba2 guard hotel tu datang and marah2...dia ingat indera nak pau kami...aku pun kecut perut sgt..so, aku pun bagi idr30,000.00....tak sempat pun nak ucap terima kasih...guard tu lak marah kat indera...Turun dari angkut tu dgn perasaan yg amat takut sgt...huhuhu...

Balik ke hotel, berehat and tidur....Abisle catatan ari ke3 di jakarta ni...

Sambungan ....sehari di Tanah Abang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan