Ari ni ada 2 program besar yang berjalan serentak iaitu Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Kembara Minda. Memandangkan aku dah terlibat ngan persiapan dewan...dah bertungkus lumus utk beberapa ari, so ari ni aku bercadang nak menolong untuk bahagian kembara minda lak.
Terdapat banyak acara untuk program hari kembara minda tapi aku nak bersama2 ngan kawan2 yang terlibat dengan pertandingan mewarna. Menariknya untuk kali ini ialah yang mewarna adalah kanak2 dari tadika kemas taman sejahtera. Seramai 23 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Susah gak nak control budak2 ni sebab ada sesetengah budak ni tak boleh dok diam...:)
Sewaktu mereka mewarna ni, banyakle tangan2 kakak2 yang tak terlibat ni dok asik sibuk gak nak pegang colour adik2 ni....nak tolong kononnya. Sekali menjerit suruh kakak2 ni tak tolong, berentile sekejab tangan2 tu...3 minit lepas tu buat lg...akhirnya kami buat keputusan tengok ajele...sesekali kami jerit, sesekali kami diam hingga akhir pertandingan. Masa tak ditetapkan asalkan budak2 ni siap mewarna udahle.
Waktu nak sampaikan hadiah pun banyak kali tergendala coz budak2 ni tak cukup..asik nak ke toilet je...
Hadiah diberikan kepada peserta yang mewarna dengan baik dan hadiah telah disponsor oleh kawanku yang baik hati ni...Nama pensponsor adalah rahsia..aku dapat satu gak, walaupun tak masuk bertanding acara mewarna...hehehehe.Sebenarnya hadiah ni utk ija...
Gambar banyak yang tak berapa jelas coz pelajar yang tolong tangkap...huhuhu
Masa acara mewarna sedang berjalan, aku dan siti mariam kuar sat dari bilik tu nak tengok pameran buku...tapi tak beli pun,tangkap gambar ngan buku2 je....Banyak buku rujukan untuk pelajar dijual. Memandangkan tahun ni, sekolah aku ada tingkatan 6, so banyakle buku rujukan tingkatan 6 yang dijual....
Selesai abis acara, kami berempat pergi lak ke dewan di mana acara penyampaian hadiah berlangsung untuk hari anugerah cemerlang...Acra persembahan dari pelajar telah tamat, so kami pun pergi menyiapkan buku rekod yang belum siap dan patut diserah ari ni...
Ari ni ada jamuan makan free..disponsor oleh k.afza and k.rokiah. So, dalam kul 1.10 tengahari kami ke dewan makan untuk menjamu selera...Sedap gak makanan ari ni...nasi beriani ngan lauk-pauknya...Lupa lak nak tangkap gambar, sebab lapar sgt... :)
Sebelum balik, kecoh sat kat bilik guru coz ada kes pelajar cuba mencuri dan membuka handbag cikgu di surau sewaktu semua org sedang bersolat...Mujurle, ada cikgu yang ternampak pelajar tesebut sedang menggelidah handbag cikgu...Cikgu tersebut sebenarnya baru je masuk dalam surau...Kes tu bersambung ari ahad lak coz ari ni dah ari khamis, esok dah cuti 2 hari...haru...macam2 kes.
Sebenarnya sejak seminggu dua ni ramai gak cikgu yang hilang duit, tapi tak tau sapa yang amik...bila dah ada kes ni...macam2le andaian..hehehe...tapi tak baik tuduh orangkan???kan???kan????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan