Ahad, 15 Mei 2011

kemas dewan dan jom layan hot mas

Ari ni sibuk mengemas balik dewan...Tugas AJK perhiasan pentas dan dewan bukan saja waktu awal program, tapi dah abis program pun kerja tersebut tak abis2 lagi. So, pagi ni dengan bantuan pelajar2 sibukle kami membersihkan balik dewan, mengosongkannya seperti biasa untuk program lain pulak...Esok dah nak hari guru, takut jugak kalau dewan ini digunakan untuk aktiviti lain. Kalau tak bersihkan ngan cepat, takut lak ada cakap2 belakang nanti..tak sedap lak nak dengar...huhuhu
Abis sesi2 kemas ni, pegi kantin mkn kueytiaw goreng ngan ikan pedas...

Kelas bermula pada pukul 10.30pagi ari ni....Dalam kul 11.50pagi terdengar pengumuman minta semua guru islam berkumpul di depan pejabat...Suspen gak..apahal lak ni!!!!

Rupa2nya ada sesi kawad cam...coz ingat tak pelajar yang cuba membuka handbag cikgu ari kamis tu, beritahu ada cikgu yang suruh dia bukak handbag tu kerana katanya ada buku pelajar tersebut dalam beg. Cikgu yang suruh tu dia tak kenal, katanya cikgu tu putih...So, bila dia kata cikgu tu putih, sure le aku tak masuk dalam senarai...:)

Sebab lepas tu, aku ada kelas so tak pastile apa yang berlaku lepas sesi kawad cam tu...tapi dalam sanubari wanitaku, mustahil ada guru yang menyuruh membuka handbag guru lain...mustahil...mustahil...

Balik sekolah kul 2.30 petang, ambik ija kat sekolah dia...berehat2 sekejap kat umah,petang ni ada tuisyen kat taman semarak. Abis tuisyen ingat nak pegi sat kat umah ct fairuz nak ambik cd soalan sains tingkatan 2...tapi sebab dia cikgu petang and balik lambat dalam kul 6.40 petang...kami pun pegi le makan kat hotmas..restoran ni terletak berhampiran ngan hotel swiss inn sg petani...Tujuan pegi kat restoran ni nak makan spageti....Malangnya rupa2nya tak de pun spageti kat sini...huhuhu

restoran ni menyediakan pelbagai jenis masakan dari yang barat hinggala yang timur...Ari ni menu yang kami makan ialah chicken grill with blackpepper, nasi goreng paprik, mee tomyam, air milo ais 2 dan air barli 1. Kos semua makanan ni adalah rm24.50. Agak murah le jugak semua kuantiti makanannya banyak...sampai tak terabis makanan...Rasanya dah 2 kali makan kat sini dan 2 kali tu le tak abis...bukan tak sedap tapi banyak sangat...kalau share pun rasanya masih banyak gak...

Abis makan, kami pun pegi umah ct, dan seterusnya sampai kat umah kul 7.45petang.

Malamni tak kemana2 pun...dapat call dari k.tun penang ucap selamat hari guru n sms ucapan dari kina...

Tunggu esok untuk Hari guru dengan temanya warna oren + hitam....Orang dah buat baju warna maroon...huhuhu...bila nak pakai baju maroon ni?????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan