Khamis, 28 Julai 2011

Imbas kenangan raya 2010

Raya pertama 2010

Bila nak dekat puasa ni...tetiba je hati teringat raya tahun lepas....Jadik gambar ni je le yg dapat ceritakan suasana hari raya tahun lepas...Setiap kali raya...memang best sangat2....

Macam biasale, abis saje geng2 lelaki balik dari solat raya..kami satu keluarga akan bersalam-salaman, memohon ampun dan maaf serta sesi mengambil foto keluarga bermula...

Lepas sesi bergambar, biasanya adale sesi makan2 besar....dah abis siap makan, semua orang akan ke kubur....

Lepas tu barule bermula pula adegan bertandang ke rumah sedara mara dan adik-beradik....Tapi kali ni lupa lak nak ambik gambar sebab sibuk makan2...hehehe..

Petang, kami berdua keluar ambil angin di tepi pantai Rompin yang cantik ni...best gak sesekali keluar berdua kat tempat macam ni...ija tak ikut sebab sibuk sgt ikut mak sedara/pak sedara dia beraya...Harap raya tahun ni pun macam ni gak...sebab pantai ni cantik sangat dalam gambar....:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan