Tahun ni tercapai sudah hasrat untuk jejakkan kaki ke sabah...Destinasi yang dituju ialah Kota Kinabalu dan Kundasang/Ranau. Kami booking tiket aa ni dari tahun lepas lg iaitu pada 9 dec 2010. Flight kami adalah dari penang - kota kinabalu - kuching - penang. Trip kali ini ialah seramai 5 orang iaitu kami bertiga dan juga my sister serta suaminya.
Sebelum pergi,bermacam2 rujukan dibuat untuk nak cari hotel, nak cari transport dsbnya....nak buat budget, takut nanti bila balik miss soru lak ^_^.
Pada 23hb Oktober, pagi2 lagi kami dah bersiap dan tunggu syam untuk ambil kami pergi ke airport penang. janji awal kul 7.00pg, tapi kemudian syam ada masalah sikit. dia janji datang kul 7.30 pagi, kami tunggu, tunggu punya tunggu sampai kul 8.30 tak sampai2 lagi. Kami semua dah gelabah sebab flight pukul 10.15pagi. Apapun kami tak buat lagi...web check in pun tak buat lagi..tak reti sebenarnya coz tahun lapas masa ke jakarta mana ada lagi web check in ni...konon2kononnya kalau sampai awal, bolehle tengok camna nak buat web check in ni...huhuhu haru betul...kul 8.35 barule syam phone..kata tak jumpa umah..bagi direction lak kat dia camna nak sampai ke umah...lega akhirnya sampaile juga syam pada pukul 8.45pagi...jauh gak sebenarnya dari rumah kami ke airport penang sebab kami dari sg petani..harap2le jalan tak sesak especially atas penang bridge tu...kami doa semoga kami sempat naik flight tu...charge syam untuk antar kami ialah rm100 sehala. Syam pecut van dia, mujurle tak jem coz ari tu ari ahad..org kilang tak kerja...kami pun sampai ke airport lebih kurang kul 9.25 pagi...bergegas2 and berlari2 anak ke kaunter aa coz nak tanya camna nak buat web check in..so, petugas tu tunjuk satu mesin kat tepi bhgn kaunter timbang..katanya kami boleh buat check in tu kat situ...lari2 lak pergi ke mesin tu...tengok dulu camna org buat..akhirnya cubale buat sendiri. tekan2 x boleh, tak kuar pun boarding pass. cuba lagi sekali, pun tak boleh....adus paniknya..dahlah lambat, takut sat lg gate tutup....panik!panik!panik!kebetulan ada satu petugas aa sedang lalu, kami pun mintak tolong dia dan beritahu masalah kami...dia pun ajar camna nak buat tapi still tak boleh...heran gak sekejab dia, apsal tak boleh lak..dia mintak kat kami travel itinerary...barule dia sedar flight kami nak berlepas masanya kurang dari 1 jam...dah tak boleh buat web check in sendiri..kena ke kaunter dekat bahagian timbangan...so, kami pun cepat2 ucap tq and terus ke kaunter tersebut...petugas tu kata kena charge sorang rm10 kalau check in kat kaunter...tapi dia tengok travel itinerary dan kami booking sebelum tarikh 1 september 2011, jadik kami tak dikenakan charge tersebut...lega..kalau tak melayang rm50.00 coz kami berlima. so, moral dari cerita ni, jgn lambat sampai ke airport...biar dtg awal, tunggu tak pe jgn sampai terlepas flight lak...dengan berpeluh2nya selesaile adegan kat airport tersebut...macam amazing race asia lak kali ni...dahle dgn backpack berat kat belakang my hubby..hehehe..
Kami bertolak dari Penang menaiki flight AK6026 pada pukul 10.15pagi. Seat kami adalah 6a,6b dan 6c. Seat kami duduk ni belakang seat hotspot...best gak seat ni sebab bila nak tangkap gambar di udara, tak nampak sayap kapal terbang...lain kali nak naik flight nak 'cup' seat ni...itu pun kalau masih ada..:D
Nak citer lak tentang harga tiket..ini untuk 3 org...
3 guest rm147.00
airport tax rm 27.00
subtotal rm174.00
jadik untuk seorang cosnya adalah dalam rm58.00
Tapi memandangkan dah pegi satu family, takkan dok jauh2 kot seatnya, jadik terpaksalah tambah lagi untuk services & fees
3x aa insure one-way rm22.50
3x convenience fee rm18.00
3x pick a seat rm15.00
1x regular-up to 15kg rm20.00
subtotal rm75.50
Total semua sekali rm249.50. untuk seorang kosnya ialah rm83.20...
Flight ke KK dari Penang mengambil masa 2jam 45minit. Kami sampai tepat pukul 1.00tengahari. Kalau org semenanjung pergi ke KK, kita akan diberi 1 kad imigresen ketika urusan dikaunter imigresen dan apabila keluar ia perlu diserahkan semula. Jadi pastikan simpan kad tersebut elok2 dan jangan dihilangkan untuk mengelakkan sebarang masalah apabila kita nak meninggalkan bandar KK ini. Setelah urusan tersebut selesai, kami pun bergerak ke bhgn pengambilan bagasi..
Dah selesai semua urusan bagai, kami pun bergerak mencari teksi airport. Jika teksi biasa, kadarnya adalah rm30.00 ke hotel. Tetapi memandangkan kami berlima, terpaksalah mencari teksi yang agak besar iaitu avanza dan harganya juga bertambah iaitu rm42.00. Tetapi sebelum menaiki teksi, aku sempat ke kaunter information untuk mendapatkan risalah2 tentang maklumat pelancongan, termasuk mendapatkan peta dan informasi tentang sabah.
Memulanya kami bercadang nak bermalam di Sri Borneo Hotel tetapi malangnya tarikh tersebut telah penuh. Jadi kami pun menempah Hotel citetel. Satu malam untuk standard room...katil twin, ratenya adalah rm130, tetapi ada diskaun staff gomen jadi kami hanya perlu membayar rm120 sebilik. Bukti perlu ditunjukkan jika mengaku staff gomen...Bawakle kad apapun nak buktikan kita staff gomen..hehehe.Tapi tak bestnya sarapan pagi tak termasuk dalam harga tadi. Kalau nak sarapan juga, perlu tambah rm12.00 seorang...tapi kami memilih makan pagi kat luar hotel, lebih jimat....
Kalau booking melalui internet lg murah..tak silap hanya rm116 semalam...Hotel ni agak ok, bilik airnya best...air laju sgt...kedudukannya tak jauh dari Centre Point Sabah dan boleh berjalan kaki je ke pasar filipina...tapi biliknya kecik..muat katil dan hanya ada ruang yg kecil untuk solat. Kalau family tak ramai..okle.tak pun solat atas katil...huhuhu
Nak jadik citer, semasa nak naik ke bilik, nak letak brg2...masa dalam lif nak naik ke tingkat 7, tekan2 butang lif tu dia tak naik2...tertutup pintu, lepas tu bukak balik....kita tutup, lepas tu terbukak balik...apsal ni??? hehehe rupa2rupanya lif ni kita kena swipe card dulu, baru kita boleh tekan tingkat berapa...ini untuk safety le kononnya....ada kad bilik baru boleh naik...hahaha...selalunya tak pernah kena macam ni....
Setelah meletakkan beg, kami pun turun dan mencari kedai untuk makan...Sebenarnya di kawasan ni banyak kedai makanan...Kami memilih untuk makan di restoran yang terletak di belakang hotel. Lunch seramai 5 orang tu sebanyak rm31.50...sebenarnya kami rasa agak mahal dan makanan pun rasanya tak sesedap mana dan tak sebanyak mana pun yang diambil...Restoran tu buka 24jam dan mengalu2alukan kami datang lagi ke kedainya..Tapi mungkin tak pergi dah kot, sebab kami nak try makanan di kedai lain pulak...
Dari pemerhatian selepas itu, memang makanan di kk ni agak mahal tetapi ada sesetengah kedai kuantiti makanan yang diberi adalah dalam portion yang besar. Tekak kami mungkin tak sesuai dengan makanan di sini kot..makan perlu untuk hidup tetapi kesedapan makanan tak dapat dirasai sgt di sini...kebanyakan makanan yang di pesan rasanya tawar...huhuhu...kalau sedap pun mungkin kuih cincin dan amplang ikan atau sotong...i like...
Selepas tu, kami pergi berjalan2 di Centre Point Sabah...banyak gak brgan handbag, kasut, baju dll dengan fesyen terkini dijual di sini dengan harga yang berpatutan...Ada jualan murah lagi....Lain kali kalau ke KK, nak cuba pergi tengok kat kedai handphone lak, sebab dengar ada orang kata kat sini handphone murah sangat...Rugi!Rugi!Rugi! tak pegi kali ni....huhuhu...sebab nak pegi kk sure lambat lg...amik masa banyak tahun nak ulang balik tempat ni....
Dah penat cuci2 mata, kami pun balik ke hotel untuk berehat sekejap...Janji dengan nana kk, lepas maghrib nak amik keter sewa coz esok dah nak pergi ke Ranau/Kundasang...Mulanya dulu bercadang tak nak drive kat sini tapi bila deal ngan Thani, dia mintak rm450.00 sehari jika nak ke Ranau/Kundasang...Deal ngan Nana lak, dia kata dalam rm350.00 sehari...tak mampu mak....so, buat keputusan, sewa je la keter...cuba2le belajar cari bagaimana nak sampai ke ranau....esok yang mencabar...
Lepas maghrib, nana kk pun sampai ke lobi hotel untuk menyerahkan keter sewa...Kami tiada pilihan banyak kerana my hubby tak penah drive keter auto...so tak berani nak pilih yang auto...pilihan kami keter wira manual...nak pilih viva, tak muat kot coz ramai...so bertukar tanganle keter wira tu...sewa untuk satu hari ialah rm100.00...tak taule nak kata mahal ke tidak...rasanya ok kot...kami sewa keter tu selama 2 hari...sebab esok dah nak ke kundasang...
selepas abis urusan dengan keter sewa, kami pun mengikut nana kk dengan berjalan kaki ke pasar filipina...sebelum pasar filipina, kita akan jumpa dulu pasar2 malam...biasale kat sini sure ada banyak jualan brooch mutiara...gelang2 kristal dan banyak lg le pilihan untuk wanita2...tapi aku tak byk pun membeli sebab biasanya aku lebih suka berjalan dan menikmati/menghayati apa yang berada di sekeliling. Sekadar duduk2 dan tengok orang sekeliling pun aku dah seronok...Membeli-belah tak termasuk dalam minat aku sebenarnya....tapi kalau sekali keinginan membeli dtg, boleh rabak poket dibuatnya...^_^
Dah penat berjalan, rasa lapar pun datang...so, kami pun mencuba makan di pasar filipina yang selalu disebut2 orang tu...suasananya agak sesak dan mungkin agak sedikit kotor...dengan adanya lopak2 air..kena hati2 semasa jalan...patutle ada kawan aku bercerita sebelum ni...suaminya tak nak pegi dan makan di sini walaupun hotel yang diduduki berada di depan je ngan pasar filipina. Tapi bagi aku lak, sesekali dah datang kita kena mencuba makan, baru tau sedap atau tak sedap...soal kebersihan kena tolak tepi sekejab...bukan tak bersih sgt tapi sgt serabut...inilah yang uniknya pasar filipina tmpt mkn ni...nikmati suasana dan hayati makanan di sini..itu lebih penting....InsyaAllah semuanya akan selamat dan kami juga mengharapkan tidakle berlaku ceri beri antara kami....Dinner kami semuanya berharga rm57.00...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan